Apa itu NCD dan bagaimana ia dapat menjimatkan premium insurans anda
Dalam
artikel ini, kita akan mengupas erti salah satu komponen penting dalam
polisi kenderaan iaitu No Claim Discount (NCD), atau Discount Tiada
Tuntutan. Setelah memahami barulah kita dapat meroleh ganjaran
sepenuhnya daripada komponen ini.
NCD atau juga dikenali sebagai No Claim Bonus, adalah suatu jenis
bonus atau ganjaran yang diberi kepada pengguna jika tiada tuntutan
dibuat terhadap polisi kenderaan untuk tempoh 12 bulan sebelum itu.
Secara ringkas, ia bermakna, jika selama 12 bulan anda tidak pernah
membuat tuntutan, maka pada masa anda memperbaharui polisi anda, anda
akan diberi diskaun.
Berapa banyak diskaun?
Berapa banyak discount yang diberi berdasarkan jenis kenderaan.
Kenderaan persendirian menikmati discount lebih tinggi berbanding
kenderaan komersial dan motosikal. Gambarajah di bawah menunjukkan
diskaun mengikut jenis kenderaan dan jumlah tempoh mengikut tahun. Ia
adalah kadar tetap yang ditentukan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia
(PIAM) jadi ianya tidak berbeza-beza mengikut syarikat insurans.
NCD Rates based on Vehicle Types and Period of Insurance
Bagaimana fungsinya?
Untuk mendapatkan diskaunnya, anda perlu memenuhi syarat 12 bulan
tanpa tuntutan. Ini bermakna, jika anda membeli polisi insurans
kenderaan untuk pertama kalinya, anda cuma akan dapat diskaun di masa
anda perlu memperbaharui polisi itu setelah tahun pertama. Di sini, anda
dapat menikmati diskaun sebanyak 25% (kita ambil contoh kenderaan
persendirian).
Seterusnya, jika anda terus tidak membuat sebarang tuntutan untuk
tahun kedua (iaitu 24 bulan tanpa tuntutan) maka diskaun anda akan
meningkat ke 30% semasa pembaharuan tahun ketiga.
Apa pula akan terjadi jika anda terpaksa melakukan tuntutan?
Contohnya pada tahun ketiga, anda kemalangan dan terpaksa membuat
tuntutan dari pihak insurans untuk membaiki kenderaan. Maka, di masa
pembaharuan polisi, anda tidak lagi akan mendapat diskaun. Diskaun anda
akan kembali kepada 0% seperti tahun pertama, dan anda mula semula dari
tahap paling atas seperti dalam gambarajah. Dan tahun berikutnya jika
tiada tuntutan dibuat maka diskaun anda adalah 25%.
Beberapa faktor penting mengenai NCD:
No-Fault Damage
No-fault damage adalah tuntutan kerosakan yang bukan disebabkan diri
sendiri. Anda tidak akan kehilangan diskaun NCD anda atas tuntutan
sebegini. Contohnya, jika berlaku kemalangan yang disebabkan oleh pihak
ketiga (orang lain), anda mempunyai pilihan untuk samada membuat
tuntutan terhadap polisi pihak ketiga pihak terbabit, ataupun terhadap
polisi komprehensif anda sendiri tanpa menjejaskan NCD anda.
NCD boleh dipindahkan
Ia boleh dipindahkan dari satu kereta ke kereta lain. Contohnya jika
anda mempunyai NCD sebanyak 30% dan anda ingin menjual kereta anda untuk
membeli kereta baru, anda boleh memindahkan diskaun 30% itu kepada
kereta baru anda.
Bagaimanapun jika anda membeli kereta baru tetapi anda tetap menyimpan
kenderaan lama anda, maka kereta baru anda tiada NCD (0%) kerana anda
tidak boleh menggunakan satu NCD pada lebih dari satu kenderaan. Di sini
kami menasihatkan jika anda memiliki lebih dari satu kenderaan, anda
sewajarnya memindahkan NCD yang tertinggi diskaunnya ke kereta yang
paling tinggi harga pasarannya untuk mendapat lebih penjimatan premium.
Penukaran syarikat insurans
Jika anda ingin menukar syarikat insurans/ takaful anda, NCD tidak
terjejas. Bermakna anda tetap akan dapat menikmati kadar NCD yang anda
telah capai walaupun dengan syarikat insurans baru.
Polisi cermin kereta
Polisi cermin kenderaan adalah satu polisi tambahan pada insurans
komprehensif anda. Ramai yang memilih untuk memilikinya memandangkan
jumlah yang tinggi untuk membaiki/ menukar cermin yang pecah. Jika anda
memiliki polisi cermin kereta, dan membuat tuntutan terhadapnya, NCD
anda tidak akan terjejas. Tetapi jika anda tidak memiliki polisi ini,
bila berlaku kemalangan di mana anda terpaksa membuat tuntutan bagi
menukar cermin kereta anda, maka anda akan kehilangan NCD anda.
Bagaimana untuk menikmati ganjaran NCD sepenuhnya?
Ada masanya di mana ianya lebih bijak untuk membayar kos kerosakan
sendiri daripada membuat tuntutan insurans untuk mengelakkan kehilangan
NCD. Contohnya jika kos membaiki adalah sedikit dibandingkan dengan
penjimatan yang diperolehi dari NCD. Jadi anda perlu ambil tahu
berapakah premium yang anda bayar dan berapakah penjimatan dari NCD
anda, supaya anda dapat membuat pilihan yang bijak.
Contohnya:
A. Jika anda tidak memiliki polisi cermin kereta:
Kos membaiki cermin adalah RM 500. Kadar NCD anda ialah 55% yang
memberi diskaun sebanyak RM 600. Di sini, anda tidak usah tuntut dari
pihak insurans anda tetapi lebih bijak jika anda membayar sendiri kos
membaiki itu. Ini kerana, anda bukan saja akan dapat menjimat RM 100
tetapi anda mendapat lebih daripada itu kerana NCD anda tetap meningkat.
NCD adalah lebih bernilai kerana peningkatannya setiap tahun.
B. Jika anda memiliki polisi cermin kereta:
Jika anda memiliki polisi cermin kereta, anda tidak perlu membuat
tuntutan terhadap polisi ini kerana anda tidak akan kehilangan NCD anda.
Jadilah pengguna yang bijak. Fahami polisi anda, bukan saja ia dapat
melindungi hak anda sebagai pemegang polisi, tetapi juga menjimatkan kos
anda. Jika anda tidak pasti, dapatkan penjelasan ejen anda.
sumber google