Selasa, 25 Oktober 2016

Cara Membuat Tuntutan Cermin ( Claim Windscreen) Pecah / Retak




1) Semak kembali polisi, sama ada kita ambil perlindungan takaful windscreen atau tidak.
Kadang-kadang berlaku,  apabila cermin pecah dan hendak claim baru teringat coverage windscreen tidak diambil ketika melanggan polisi.
Jika ada, boleh ke langkah seterusnya.
 

2) Kita ada beberapa pilihan untuk membuat claim;
2.1) Boleh pergi ke mana-mana bengkel panel, dan buat tuntutan di sana. Bengkel akan baiki tanpa perlu kita membuat sebarang pembayaran. Bengkel akan membuat tuntutan kepada syarikat kemudiannya. Untuk cara ini, pastikan kita membawa covernote atau polisi takaful untuk memudahkan urusan.


Panel Windscreen di Malaysia
ETIQA TAKAFUL  
TAKAFUL IKHLAS  
ALLIANZ INSURANCE  
BERJAYA SOMPO INSURANCE  
AIG INSURANCE
atau;
 

2.2) Boleh pergi ke mana-mana bengkel bukan panel dan baiki di sana, kemudian minta resit untuk membuat reimbursement dengan syarikat takaful. Pastikan mengambil gambar cermin sebelum dan selepas dibaiki. Dengan cara ini, kita pula perlu berurusan dengan syarikat takaful / insurans untuk urusan reimbursement.
 

Cara ke dua (no 2.2 bayar guna duit sendiri kemudian reimburse), agak leceh kerana kita pula terpaksa menunggu reimbursement dengan syarikat insurans / takaful tapi dengan cara ini, harga yang dikenakan oleh pihak bengkel adalah lebih murah  berbanding cara pertama (no 2.1 tanpa perlu bayar dan bengkel yang akan uruskan claim).
 

Nota tambahan:
1. Claim windscreen tidak memberi kesan kepada NCD.
2. Claim windscreen boleh dilakukan beberapa kali dalam satu tahun perlindungan. Contoh, jika kita ambil cover windscreen RM1000 tapi hanya claim Rm500 maka ada baki lagi RM500.


Sumber : Rahsia Takaful

CARA TUKAR NAMA GERAN KENDERAAN

Assalamualaikum semua

harini saya nak kongsi 1 cara mudah macam mana nak tukar nama geran kereta. biasanya nak tukar nama pindah milik ni bila kita beli kereta secondhand secara cash daripada penjual.

senang je sebenarnya sebab selama ni saya ingat susah sebab mentaliti orang kita selalu fikir susah susah susah. nampak tak? bila orang kita duk focus kata susah susah, benda senang pun akan rasa susah.

saya ringkaskan terus ye.

STEP 1 : owner/pembeli kena pergi ke puspakom yang terdekat dulu untuk buat inspection. kalau boleh, call dulu centre yang kita nak pergi tu. macam saya, saya call puspakom kuantan dan bagitau dia yang saya nak buat appointment untuk inspection kereta sebab nak tukar nama kat geran kereta tu. ingat! kena bawak geran kereta yang asal tau. yang pergi tu tak kisahlah owner/pembeli. tak kisah sesape pun.


nanti die akan bagi kita booking number. setel tu je. lepas tu just pergi ke puspakom, bayar rm31.80 sen untuk cas inspection tu. tunggu 1 jam. result akan keluar pada hari yang sama. tunggu situ je. scroll-scroll faceboook 1 jam tak terasa lama pun hihi. kalau lulus alhamdulillah. kalau tak, anda kena bayar rm31.80 sekali lagi dan kena buat sekali lagi. result lulus macam kat gambar bawah ni.


STEP 2 : bila result puspakom kata lulus, cepat cepat bagitau owner untuk die pergi ke JPJ terdekat dengan rumah die untuk cop biometric (ibu jari). owner tak perlu bawak apa-apa pun, cuma I/C orginal die je & maklumat details pembeli iaitu nama, alamat rumah, ic dan no hp je sebab owner kena isi borang pindah hak milik masa kat JPJ nanti. pembeli tak pergi pun takpa tapi asalkan result puspakom cakap dah lulus. 
selepas owner dah setel buat step 2 ni, owner kena cepat cepat inform pembeli untuk pembeli buat cop ibu jari jugak. bila pembeli dah tahu yang owner dah buat cop jari dan dah setel urusan die kat JPJ tu, saya nasihatkan pembeli pergi beli insuran kereta dulu sebelum pergi ke JPJ. cakap kat syarikat insuran tu, saya nak buat insuran baru kat kereta tu atas nama saya (pembeli) dan tarikh insuran berkuat kuasa tu adalah pada hari kita buat insuran tu. masa ni, kena bawak geran asal tau.

owner kena bagitau pembeli cepat-cepat sebelum 7 hari selepas owner buat cop jari dan pembeli kena pergi JPJ cepat cepat dalam masa 7 hari selepas owner cop jari die. kalau lebih 7 hari, owner kena buat balik cop jari tu sebab dalam system ianya dah terbatal sebab gap masa macam lama sangat. bahkan kalau owner selesai buat cop jari kat JPJ KL pukul 9 pagi, pembeli yang berada di kelantan terus boleh pergi ke JPJ terdekat pada pukul 9.05 minit pagi pada hari yang sama jugak sebab rekod dah valid dalam system. senang kan?

STEP 3 : bila owner dah setel buat part die, pembeli pulak kena pergi ke JPJ berdekatan dengan rumah pembeli untuk cop biometric (ibu jari). pembeli pun kena isi borang pindak milik jugak. pembeli kena isi detail penjual seperti nama, alamat, ic die dan no hp. selepas setel part pembeli ni, automatic roadtax + insuran (owner lama) terbatal! sebab tu saya nasihatkan buat insuran dulu sebelum pergi ke JPJ sebab nanti terus boleh buat roadtax baru.
bila dah terbatal roadtax owner lama, insurans baru yang kita beli tu akan kembali jadi 0% NCD tau. mahal lah sikit insurans nya. pastu cakap kat kakak kat kaunter JPJ tu, kata yang anda nak buat roadtax baru. anda bagi lah kertas insurans baru yang anda dah buat tu kat die supaya die boleh buat roadtax baru sebab kat malaysia ni, kalau nak hidupkan roadtax, kita kena wajib beli insuran kereta.
kalau kat oversea masa saya duk dulu, kalau nak ada I/C wajib kena beli insuran hayat hehe. nampak tak yang kat malaysia ni kereta lebih di utamakan? hihihi gurau je :p
inspection puspakom = rm31.80
kos tukar nama = rm100
roadtax = rm20-rm400 (bergantung pada kereta)
insurans = rm700-rm2000 (bergantung pada kereta)
boleh kata, kena sediakan dalam rm1k hingga 2k jugak lah. jelas tak? senang kan? owner dan pembeli tak wajib pun pergi JPJ sama-sama tapi wajib berkomunikasi lah antara satu sama lain. bila part owner dah setel, part pembeli pulak kena buat. ianya kena ikut turutan tau. buat step 1 dulu, lepas tu step 2 then akhir sekali step 3. senang kan? 3 step je cara nak tukar nama kereta.
Terima kasih semoga bermanfaat :)

Sumber Fb: Akademi Memandu Mega

Tips Tanggalkan 'Roadtax' Kereta


Bagi pemilik kereta, van dan lori, sudah pasti dan masak dengan masalah untuk menampal pelekat cukai jalan di cermin kenderaan anda kerana pelekat itu bukan untuk dibuka dan tampal untuk berulang-ulang kali.

Apabila handak tampal, perkara yang dititik beratkan sudah pasti kedudukan pelekat berkenaan, takut senget atau tidak sama dengan stiker lain yang sedia ada yang mungkin merosakkan pemandangan.

Selepas setahun, "road tax'' berkenaan perlu ditanggalkan semula. Masalahnya mula tibul, "Road Tax" dah tanggal, gam pula melekat di cermin kereta dan susah hilangkan kesannya.

Seorang pengguna Facebook Debu Putih  berkongsikan satu cara mudah dan selamat tanpa meninggalkan kesan gam dicermin kereta apabila "Road Tax" ditanggalkan.

Berikut adalah perkongsian beliau.



Rendam kain dengan air panas.


Letakkan kain tadi diluar cermin kereta, betul-betul "Road Tax" yang hendak ditanggalkan.


Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair.


Selepas 5-10 minit. tanggalkan "Road Tax" berkenaan perlahan-lahan.



Dan hasilnya, tiada sedikitpun bekas gam yang ditinggalkan.


SELAMAT MENCUBA!!

- Sumber Debu Putih & Siakapkeli.my

MUDAHNYA RENEW 'ROADTAX'



Road Tax Expired?
geran original
perlu cuti
perlu bersesak
jimatkan


 Hanya perlukan
salinan insurans
salinan geran

Kami bantu anda dapatkan road tax
quotation
delivery
towing

**Cuma perlu like page untuk dapatkan rebat semasa anda memperbaharui insurans & road tax.
Cara mudah seperti berikut


Langkah 1
Cuma perlu whatsapp 012-6854146 maklumat kereta seperti salinan geran @ salinan insurans lama.

Langkah 2
Kami beri sebutharga mengikut budget & harga pasaran kereta

Langkah 3
Transaksi bayaran mengikut jumlah yg dipersetujui

Langkah 4
Hantarkan resit bayaran beserta nama, alamat penghantaran & no.tel & ke whatsapp 012-6854146

Langkah 5
Road tax dihantar terus ke pintu anda dalam tempoh 1 ke 2 hari bekerja bergantung kepada waktu bayaran dibuat.

Door to door service (P.alam )
Call@wassup ZIANA 012-6854146
                      FAIZAL 013-3302511
                      ETIQA TAKAFUL


*****Like page for more info****

MELEBARKAN SAYAP

Hari ni TRAINING ETIQA utk complete hour oleh pihak PIAM untuk semua ejen yang berdaftar. Lama tak masuk kl time offis hour, tabahnya orang2 yg bekerja di kl ni mengharungi jem..

Berbaloi attend training harini...yg paling best lepas ni customer boleh buat payment direct dengan etiqa melalui debit card @ credit card (nak info kena follow tau)...
Rupa2nye bukan stakat kenderaan sahaja boleh cover tetapi banyak lagi benda yang kita terlepas pandang adalah untuk cover barang dalam rumah keje setelah berlaku kebakaran atau kecurian.


Sebenar nye insurance ni boleh bagi banyak manfaat kepada kita jika kita tahu menggunakan nya. Sebagai contoh Jika berlaku banjir (musim tengkujuh skrg ni... huhuhu) setiap barangan rumah kita boleh dilindungi  atau digantikan dengan baru jika kita membeli insruance dgn hanya serendah 50 sebulan.

Kita tak perlu risau dah barang elektrik kita rosak atau musnah... kita boleh dpat yang baru beb...

Diatas hanya salah satu contoh...