Mesti ramai yang tertanya tanya, bagaimana caranya sekiranya 'ROADTAX' kereta ataupun motorsikal anda rosak ataupun hilang.
Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda memperbaharui cukai jalan di Myeg Online ataupun di Kiosk Myeg wakil
yang sah, cukai jalan yang hilang ataupun rosak tidak boleh dicetak
semula di sana. Ini kerana, pihak Myeg hanyalah wakil sah yang dilantik
oleh JPJ untuk kemudahan orang ramai untuk perbaharui cukai jalan tanpa perlu beratur panjang di JPJ.
Caranya ialah anda perlu muat turun borang ini JPJ Perlesenan Kenderaan iaitu
"Borang
Permohonan Pendua Perakuan Pendaftaran Kenderaan Atau Pendua Lesen
Kenderaan Motor Atau Pendua Lesen Perdagangan Motor (JPJ K7)
CONTOH BORANG
Cukai Jalan Rosak
Bawa
cukai jalan yang rosak/pudar dan salinan kad pengenalan owner serta
geran original untuk penggantian dari pihak JPJ. Jika disahkan oleh
pegawai JPJ, cukai jalan baru akan dicetak secara percuma.
Cukai Jalan Hilang
Jika Kereta pihak JPJ akan denda RM 50
Jika Motosikal pihak JPJ akan denda RM 20
Bawa geran original dan salinan kad pengenalan.
Awas! Pemilik kenderaan wajib hadir ke JPJ, wakil tidak boleh melakukan proses ini.