Selasa, 29 November 2016

Apa itu NCD? Diskaun tiada tuntutan (NCD)

Apa itu NCD dan bagaimana ia dapat menjimatkan premium insurans anda

 

Dalam artikel ini, kita akan mengupas erti salah satu komponen penting dalam polisi kenderaan iaitu No Claim Discount (NCD), atau Discount Tiada Tuntutan. Setelah memahami barulah kita dapat meroleh ganjaran sepenuhnya daripada komponen ini.
NCD atau juga dikenali sebagai No Claim Bonus, adalah suatu jenis bonus atau ganjaran yang diberi kepada pengguna jika tiada tuntutan dibuat terhadap polisi kenderaan untuk tempoh 12 bulan sebelum itu. Secara ringkas, ia bermakna, jika selama 12 bulan anda tidak pernah membuat tuntutan, maka pada masa anda memperbaharui polisi anda, anda akan diberi diskaun.

Berapa banyak diskaun?

Berapa banyak discount yang diberi berdasarkan jenis kenderaan. Kenderaan persendirian menikmati discount lebih tinggi berbanding kenderaan komersial dan motosikal. Gambarajah di bawah menunjukkan diskaun mengikut jenis kenderaan dan jumlah tempoh mengikut tahun. Ia adalah kadar tetap yang ditentukan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) jadi ianya tidak berbeza-beza mengikut syarikat insurans.
NCD Rates based on Vehicle Types and Period of Insurance
NCD Rates based on Vehicle Types and Period of Insurance

 

Bagaimana fungsinya?

Untuk mendapatkan diskaunnya, anda perlu memenuhi syarat 12 bulan tanpa tuntutan. Ini bermakna, jika anda membeli polisi insurans kenderaan untuk pertama kalinya, anda cuma akan dapat diskaun di masa anda perlu memperbaharui polisi itu setelah tahun pertama. Di sini, anda dapat menikmati diskaun sebanyak 25% (kita ambil contoh kenderaan persendirian).
Seterusnya, jika anda terus tidak membuat sebarang tuntutan untuk tahun kedua (iaitu 24 bulan tanpa tuntutan) maka diskaun anda akan meningkat ke 30% semasa pembaharuan tahun ketiga.
Apa pula akan terjadi jika anda terpaksa melakukan tuntutan? Contohnya pada tahun ketiga, anda kemalangan dan terpaksa membuat tuntutan dari pihak insurans untuk membaiki kenderaan. Maka, di masa pembaharuan polisi, anda tidak lagi akan mendapat diskaun. Diskaun anda akan kembali kepada 0% seperti tahun pertama, dan anda mula semula dari tahap paling atas seperti dalam gambarajah. Dan tahun berikutnya jika tiada tuntutan dibuat maka diskaun anda adalah 25%.



Beberapa faktor penting mengenai NCD:

No-Fault Damage

No-fault damage adalah tuntutan kerosakan yang bukan disebabkan diri sendiri. Anda tidak akan kehilangan diskaun NCD anda atas tuntutan sebegini. Contohnya, jika berlaku kemalangan yang disebabkan oleh pihak ketiga (orang lain), anda mempunyai pilihan untuk samada membuat tuntutan terhadap polisi pihak ketiga pihak terbabit, ataupun terhadap polisi komprehensif anda sendiri tanpa menjejaskan NCD anda.

NCD boleh dipindahkan

Ia boleh dipindahkan dari satu kereta ke kereta lain. Contohnya jika anda mempunyai NCD sebanyak 30% dan anda ingin menjual kereta anda untuk membeli kereta baru, anda boleh memindahkan diskaun 30% itu kepada kereta baru anda.
Bagaimanapun jika anda membeli kereta baru tetapi anda tetap menyimpan kenderaan lama anda, maka kereta baru anda tiada NCD (0%) kerana anda tidak boleh menggunakan satu NCD pada lebih dari satu kenderaan. Di sini kami menasihatkan jika anda memiliki lebih dari satu kenderaan, anda sewajarnya memindahkan NCD yang tertinggi diskaunnya ke kereta yang paling tinggi harga pasarannya untuk mendapat lebih penjimatan premium.

Penukaran syarikat insurans

Jika anda ingin menukar syarikat insurans/ takaful anda, NCD tidak terjejas. Bermakna anda tetap akan dapat menikmati kadar NCD yang anda telah capai walaupun dengan syarikat insurans baru.

Polisi cermin kereta

Polisi cermin kenderaan adalah satu polisi tambahan pada insurans komprehensif anda. Ramai yang memilih untuk memilikinya memandangkan jumlah yang tinggi untuk membaiki/ menukar cermin yang pecah. Jika anda memiliki polisi cermin kereta, dan membuat tuntutan terhadapnya, NCD anda tidak akan terjejas. Tetapi jika anda tidak memiliki polisi ini, bila berlaku kemalangan di mana anda terpaksa membuat tuntutan bagi menukar cermin kereta anda, maka anda akan kehilangan NCD anda.

Bagaimana untuk menikmati ganjaran NCD sepenuhnya?

Ada masanya di mana ianya lebih bijak untuk membayar kos kerosakan sendiri daripada membuat tuntutan insurans untuk mengelakkan kehilangan NCD. Contohnya jika kos membaiki adalah sedikit dibandingkan dengan penjimatan yang diperolehi dari NCD. Jadi anda perlu ambil tahu berapakah premium yang anda bayar dan berapakah penjimatan dari NCD anda, supaya anda dapat membuat pilihan yang bijak.

Contohnya:

A. Jika anda tidak memiliki polisi cermin kereta:

Kos membaiki cermin adalah RM 500. Kadar NCD anda ialah 55% yang memberi diskaun sebanyak RM 600. Di sini, anda tidak usah tuntut dari pihak insurans anda tetapi lebih bijak jika anda membayar sendiri kos membaiki itu. Ini kerana, anda bukan saja akan dapat menjimat RM 100 tetapi anda mendapat lebih daripada itu kerana NCD anda tetap meningkat. NCD adalah lebih bernilai kerana peningkatannya setiap tahun.

B. Jika anda memiliki polisi cermin kereta:

Jika anda memiliki polisi cermin kereta, anda tidak perlu membuat tuntutan terhadap polisi ini kerana anda tidak akan kehilangan NCD anda.

Jadilah pengguna yang bijak. Fahami polisi anda, bukan saja ia dapat melindungi hak anda sebagai pemegang polisi, tetapi juga menjimatkan kos anda. Jika anda tidak pasti, dapatkan penjelasan ejen anda.

sumber google

Rabu, 23 November 2016

APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA 'ROADTAX' HILANG ATAU ROSAK?


Mesti ramai yang tertanya tanya, bagaimana caranya sekiranya  'ROADTAX'  kereta ataupun motorsikal anda rosak ataupun hilang. 

Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda memperbaharui cukai jalan di Myeg Online ataupun di Kiosk Myeg wakil yang sah,  cukai jalan yang hilang ataupun rosak tidak boleh dicetak semula di sana. Ini kerana, pihak Myeg hanyalah wakil sah yang dilantik oleh JPJ untuk kemudahan orang ramai untuk perbaharui cukai jalan tanpa perlu beratur panjang di JPJ.

Caranya ialah anda perlu muat turun borang ini JPJ Perlesenan Kenderaan iaitu
 "Borang Permohonan Pendua Perakuan Pendaftaran Kenderaan Atau Pendua Lesen Kenderaan Motor Atau Pendua Lesen Perdagangan Motor (JPJ K7)


CONTOH BORANG


Cukai Jalan Rosak
Bawa cukai jalan yang rosak/pudar dan salinan kad pengenalan owner serta geran original untuk penggantian dari pihak JPJ. Jika disahkan oleh pegawai JPJ, cukai jalan baru akan dicetak secara percuma.

Cukai Jalan Hilang
Jika Kereta pihak JPJ akan denda RM 50
Jika Motosikal pihak JPJ akan denda RM 20

Bawa geran original dan salinan kad pengenalan.

Awas! Pemilik kenderaan wajib hadir ke JPJ, wakil tidak boleh melakukan proses ini.


Khamis, 17 November 2016

Bagaimana untuk dapat 100% CLAIM untuk kereta TOTAL LOSS ?




  1. Pastikan sum insured kereta anda dalam Market Range. Jangan terlau rendah atau jangan terlalu tinggi.
     
  2. Baki Loan kereta anda hendaklah bersamaan atau rendah dengan Market Range.
     
  3. Sebelum anda declare kereta anda sebagai Total Loss, sila la amik atau tukar barang yang mana perlu. Sbb selepas membuat tuntunan. Ia akan menjadi hak milik penuh pihak insurance, bukan milik kita lg.
     
  4. Kebiasaan pihak insurance akan menilai kereta berdasarkan Harga market untuk sesebuah kenderaan & nilai yang akan ditawarkan adalah sekitar 90-95%. Tapi ade kes juga yg terus dapat 100% claim. Sila dapatkan nilai rujuk harga kereta sebenar di Car Center anda.
     
  5. Jika dah dapat surat dari Car Center anda, sila tengok nilai sum insured untuk kereta anda. Sekiranya nilai rujukan lebih tinggi dari nilai sum insured, maka anda berhak untuk claim 100% daripada pihak insyrance.
     
  6. Sila lampir kan bukti ni ke pihak insurance & tuntun hak anda.

Rabu, 9 November 2016

Apabila Kemalangan...APA YANG PERLU SAYA BUAT?


1   Sila bertenang dan jangan cemas.

2 . Jika ada sesiapa yang tercedera, telefon 999 untuk bantuan.

3. Jika tidak ada sebarang kecederaan, alihkan kenderaan anda dari aliran trafik ke tempat yang selamat,

4. Jika boleh catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.

5. Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.

6. Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.

7. Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan (Gambar mengenai kemalangan, jika ada, akan membantu). Kalo ade smart phone, amik gambar kawasan kemalangan. Amik Gambar kedudukan kereta.

8. Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans masing-masing.

9. Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah. Ini mungkin menimbulkan kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.

10. Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan bahawa kenderaan tersebut akan dihantar ke bengkel yang betul. Hubungi syarikat insurans anda atau nombor“hotline” kemalangan syarikat tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang bengkel kenderaan yang sepatutnya.

11. Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.

12. Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans anda dengan segera, walaupun anda tidak berniat untuk membuat sebarang tuntutan. Pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin akan membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans anda dan akan menyebabkan kehilangan NCD anda.

13. Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan masukkan maklumat tambahan yang berkaitan. Jika ada sebarang keraguan, dapatkan nasihat dari syarikat insurans anda.

-----------------------------------
-----------------------------------
BERHATI-HATI DIJALAN RAYA& PASTIKAN INSURAN & R.TAX ANDA SUDAH DIPERBAHARUI,
UNTUK DAPATKAN QUATATION
PLEASE WASSUP 0126854146 (ZIANA)
#Etiqainsurans#